Syawal Bakal Pergi Meninggalkan Kita.....!

Rabu, 14 Julai 2010

Perempuan Yang Solat Jumaat

1 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Saya sering ditanya pasal perempuan yang pergi solat Jumaat; adakah dia perlu menunaikan solat zuhur pulak. Ini jawapannya:

Hukum solat Jumaat bagi wanita

Tidak ada khilaf bahawa perempuan tidak diwajibkan solat Jumaat. Ibnu Munzir telah berkata dalam kitabnya (Ijmak):"Telah bersepakat semua ulama yang kami tahu; tidak wajib solat Jumaat kepada wanita."Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w:

(الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة:عبد مملوك أو إمراءة أو صبي أو مريض
Maksudnya: Solat Jumaat adalah hak yang wajib bagi setiap Muslim secara berjemaah melainkan 4 golongan:                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

                                1. Hamba Sahaya
                                2. Perempuan
                                3. Budak  yang belum Baligh
                                4. Orang sakit ( Hadis riwayat Abu Daud)                                                                            



Perempuan yang pergi solat Jumaat

Perempuan dibenarkan pergi solat jumaat, walaupun sembahyang dirumah lebih baik. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

( لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن)
Maksudnya: Jangan kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untk solat di mAsjid; Solat di rumah lebih baik bagi mereka.(HR Abu Daud)


Jika mereka hendak ke masjid hendaklah mereka dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah seperti memakai wangian dan sebagainnya. Nabi bersabda:


( لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات)
Maksudnya: Janganlah kamu tegah wanita-wanita di bawah tanggunganmu ke Masjid; tetapi hendak mereka keluar dengan tak memakai wangian.(Bukhari dan Muslim)


Ke masjid pun tak leh wangi-wangian inikan ke tempat-tempat yangg lain..wanita hendaklah tidak menjadikan diri mereka fitnah pada lelaki..Lelaki pula jnganlah cuba menimbulkan fitnah pada diri wanita...BERHATI2LAH PADA TIPU DAYA NAFSU DAN SYAITAN...BANYAK2 BERSERAH PADA ALLAH..

Adakah perlu melakukan solat Zuhur?

Perempuan yang sudah solat jumaat tidak perlu solat Zuhur. Ibnu Munzir berkata:

Para ulama telah bersepakat mana-mana wanita yang telah solat jumaat maka itu mencukupi baginya (tidak perlu buat solat zuhur); kerana gugur solat Jumaat adalah satu keringanan bagi mereka. Jika mereka buat yang lebih susah maka ianya memadai seperti orang yg sakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda disini